Soalan SPM ( bab 1 ) PENGENALAN KEPADA EKONOMI
KERTAS 1-1993
1. Apakah yang dikaji dalam ilmu ekonomi?
A. Masalah membuat pilihan faktor yang kekurangan bagai mencapai kepuasan optimum
B. Masalah membuat pilihan atas penggunaan barang bagi mencapai kepuasan optimum
C. Masalah membuat pilihan atas penggunaan perkhidmatan bagi mencapai kepuasan optimum
D. Masalah menghasilkan keluaran secara maksimum menggunakan factor secara optimum
2. Azhar membelanjakan RM150 untuk mengadakan satu majlis hari jadi untuk kawannya. Kos lepasuntuk majlis itu kepada Azhar ialah :
A. bil tambahan yang perlu dibayar selepas majlis itu
B. barang yang boleh dibeli dengan wang perbelanjaan dalam majlis itu
C. perbelanjaan untuk makanan,minuman dan perhiasan dalam majlis itu
D. pendapatan daripada kerja lebih masa kawan Azhar yang diraikan itu.
3. Dalam proses mereka bentuk sesuatu barang,pengeluar membuat anggaran kos pengeluaran minimum.Antara masalah asas ekonomi berikut, yang manakah berkaitan dengan proses menganggarkan kos pengeluaran yang minimum?
I. Apakah barang yang hendak dikeluarkan?
II. Berapa banyak barang yang hendak dikeluarkan?
III. Bagaimana barang hendak dikeluarkan ?
IV. Untuk siapa barang dikeluarkan
A. I dan II
B. II dan III
C. I dan IV
D. III dan IV
4. Berikut ialah matlamat sesuatu system ekonomi kecuali :
A. memenuhi keperluan masyarakat
B. memaksimumkan kepuasan pengguna
C. mewujudkan keluaran yang berlebihan
D. mengurangkan pengangguran faktor pengeluaran
KERTAS 1-1994
5. Udara sangat diperlukan dalam kehidupan tetapi tidak mempunyai kos lepas kerana udara merupakan ...
A. barang awam
B. barang normal
C. barang keperluan
D. barang percuma
6. Kerajaan mempunyai sebidang tanah yang boleh digunakan untuk membina kompleks sukandan pada masa yang sama tanah itu juga boleh digunakan untuk membina lapanganterbang.Antara berikut, apakah masalah ekonomi yang mungkin dihadapi oleh kerajaan dalam keadaan di atas?
I. Kos
II. Pilihan
III. Kekurangan sumber ekonomi
IV. Keperluan yang tidak terhad
A. I dan II
B. II dan III
C. I dan IV
D. III dan IV
7. Encik Adnan ialah seorang usahawan.Dalam pengeluaran barangnya, beliau ingin memaksimumkan output pada tahap kos yang minimum.
Berdasarkan pernyataan di atas, apakah masalah yang akan dihadapi oleh Encik Adnan?
A. Jenis barang yang hendak dikeluarkan
B. Kuantiti barang yang akan dikeluarkan
C. Cara barang itu dikeluarkan
D. Untuk siapa barang itu dikeluarkan
8. Pengeluar bertanggungjawab mengeluarkan barang tetapi mereka tidak perlu bersaing dengan firma lain. Pengguna pula bebas memilih dan menggunakan barang yang sedia ada.
Pernyataan di atas berhubung dengan suatu sistem ekonomi . Antara berikut, pihak manakah yang membuat keputusan dalam sistem ekonomi tersebut ?
A. Pemerintah
B. Pengeluar
C. Pengguna
D. Pemilk factor
KERTAS 1-1995
9. Mengapakah masih wujud masalah kekurangan walaupun kerajaan melaksanakan pelbagai dasar ekonomi dari semasa ke semasa?
A. berlakunya bencana alam
B. wujudnya ketidakseimbangan pembangunan bandar dan desa
C. Terdapat jurang perbezaan antara golongan kaya dan golongan miskin
D. Terdapat ketidakseimbangan antara kehendak masyarakat dengan sumber ekonomi
Sumber ekonomi mempunyai pelbagai kegunaan untuk mengeluarkan pelbagai jenis barangan. Apabila sesuatu barangan tertentu banyak dikeluarkan, barangan lain terpaksa dikurangkan .
10. Antara berikut masalah ekonomi yang manakah berhubung dengan pernyataan di atas?
A. Jenis barangan yang hendak dikeluarkan
B. Kuantiti barangan yang hendak dikeluarkan
C. Cara barangan hendak dikeluarkan
D. Untuk siapa barangan tersebut dikeluarkan
11. Kerajaan sesebuah negeri bercadang membina sebuah hospital yang berharga RM10 juta dan sebuah sekolah berharga RM9 juta tetapi peruntukan yang ada hanya sebanyak RM10 juta. Jika kerajaan itu membuat keputusan untuk membina hospital berapakah kos lepas yang terlibat ?
A RM1 juta kerana membina hospital
B RM1 juta kerana tidak dapat membina sekolah
C RM9 juta iaitu harga sekolah yang tidak dapat dibina
D Tiada kerana jumlah wang kerajaan sama dengan kos pembinaan hospital
12. Masalah pengagihan barang ditentukan oleh mekanisme harga.Sebarang ketidakadilan akan diselesaikan oleh kerajaan. Ketidakseimbangan agihan pendapatan diselesaikan melalui cukai. Apakah sistem ekonomi yang dijelaskan dalam pernyataan di atas ?
A. Sistem ekonomi perancangan pusat
B. Sistem Ekonomi campuran
C. Sistem ekonomi kapitalis
D. Sistem ekonomi islam
13. Sebuah firma dalam sistem ekonomi kapitalis ingin mengeluarkan sejenis barang yang menguntungkan. Apakah panduan yang boleh membantu firma itu membuat keputusannya?
A. Corak perbelanjaan pengguna
B. Keputusan pengeluar
C. Kehendak kerajaan
D. Kualiti barang