LATIHAN EKONOMI TINGKATAN 4 : BAB 1
HANTAR PADA : 14-12-2011 (KHAMIS) SALIN DAN BUAT DALAM BUKU KERJA.
A. Nyatakan dan huraikan sumber-sumber yang terdapat di ekonomi.
B. MASALAH ASAS EKONOMI:
Nyatakan setiap masalah dalam situasi di bawah.
1. Syarikat Batani Sdn Bhd ialah sebuah syarikat perkilangan baju yang menggunakan cara intensif modal
untuk mengeluarkan 1200 helai bajusebulan.Sasaran pasaran untuk baju itu ialah kanak-kanak antara umur
3 tahunhingga 5 tahun
A) Apa yang hendak dikeluarkan –
B) Berapakah yang hendak dikeluarkan –
C) Bagaimanakah hendak dikeluarkan –
D) Untuk siapakah hendak dikeluarkan –
2.Berdasarkan situasi berikut,nyatakan masalah asas ekonomi yang telahdiselesaikan dan yang belum
diselesaikan
A) Syarikat Sawit Berhad mengeluarkan minyak sawit dengan menggunakankaedah intensif modal bagi
kegunaan industri memproses makanan
Masalah asas yang diselesaikan-
Masalah asas yang belum diselesaikan –
B) Encik Lam menanam 500 batang pokok pulasan di atas tanah seluas 5hektar dengan menggunakan tenaga
buruh dari Indonesia
Masalah asas yang diselesaikan-
Masalah asas yang belum diselesaikan –
C) Syarikat Edaran Auto menetapkan pengeluaran sebanyak 400 unit keretamodel ‘PUTERI’ kepada
golongan wanita yang berpendapatan sederhana
Masalah asas yang diselesaikan-
Masalah asas yang belum diselesaikan –
D) Kilang Tekstil Banang menggunakan mesin yang diimport dari Jermanuntuk mengeluarkan seluar panjang.
Masalah asas yang diselesaikan-
Masalah asas yang belum diselesaikan –
E) Kilang ubat herba di Shah Alam menggunakan intensif modal untuk mengeluarkan barangannya.Pengurus
kilang bercadang untuk mengeluarkan 10 000 botol ubat herba sehari
Masalah asas yang diselesaikan-
Masalah asas yang belum diselesaikan –
No comments:
Post a Comment