Salin nota di
buku nota!
Pendapatan boleh
guna (yd)
1)
Pendapatan
boleh guna ialah pendapatan individu setelah ditolak potongan wajib iaitu
cukaI
pendapatan,caruman KWSP,zakat dan caruman PERKESO
2)
Rumusnya
Pendapatan boleh guna = Jumlah pendapatan individu tolak potongan wajib
3)
Pendapatan
boleh guna dapat digunakan untuk membuat perbelanjaan penggunaan atau
tabungan (pendapatan boleh guna =
perbelanjaan penggunaan + tabungan )
4)
Jenis
potongan wajib ialah : KWSP,PERKESO,zakat dan cukai pendapatan perseorangan
A) KWSP - kadar caruman pekerja 11% kadar
caruman majikan 12%
B) PERKESO - kadar caruman pekerja 0.5%
dan majikan 1.75%
C) ZAKAT - kadar zakat 2.5% dpd
pendapatan setahun
D ) Cukai pendapatan perseorangan -
sumbangan wajib individu kpd kerajaan kesan dpd
penerimaan pendapatannya melebihi satu jumlah tertentu dalam tempoh satu
tahun.
Salin dan Jawab
semua soalan di bawah.
1. Pendapatan boleh guna Encik Zamri pada
bulan Jun ialah RM3 700. Maklumat berikut berkaitan perbelanjaan beliau dalam
bulan itu.
Perbelanjaan
|
RM
|
Sewa rumah
|
600
|
Sumbangan kepada ibu bapa
|
400
|
Hiburan
|
500
|
Ansuran kereta
|
550
|
Makanan
|
800
|
Bil elektrik, air dan telefon
|
300
|
Wang saku isteri dan anak
|
600
|
Kesihatan
|
200
|
(i)
Adakah
anda bersetuju dengan perbelanjaan beliau? Berikan alasan anda.
(ii)
Sediakan
satu penyata belanjawan peribadi yang sistematik untuk Encik Zamri.
2. Maklumat berikut tentang butiran
pendapatan dan bayaran Encik Mazlan dalam tempoh setahun.
Pendapatan RM42
000
Pendapatan boleh cukai RM34
000
Zakat RM
400
KWSP 11%
daripada gaji
Pendapatan
boleh cukai (RM)
|
Kadar cukai (%)
|
Cukai (RM)
|
RM 5000 yang
pertama
RM 10 000 yang
berikut
|
0
1
|
0
100
|
RM 15 000 yang
pertama
RM 15 000 yang
berikut
|
-
3
|
100
450
|
RM 30 000 yang
pertama
RM 20 000 yang berikut
|
-
5
|
550
1000
|
Hitungkan pendapatan boleh guna Encik Mazlan.
No comments:
Post a Comment